Monday, April 2, 2012

Berita Kilat: Panglima Fadhly Mengamuk, Tendang Tugu Setan Di Singapura

Berita Kilat(Laporan Khas): 
Panglima Fadhly mengamuk, tendang tugu setan di Singapura







Seorang lelaki yang dikenali sebagai Panglima Fadhly telah mengamuk dan menendang sebuah obelisk di Singapura. Mengikut laporan dari pihak tertentu, sebelum ini Panglima Fadhly telah bertapa selama tujuh hari tujuh malam berturut-turut untuk menuntut ilmu tendangan batin. Apa yang membuat Panglima Fadhly mengamuk masih tidak diketahui.

Dari pihak yang lain pula mengatakan bahawa mereka melihat seorang lelaki yang tidak mereka kenali menendang tugu itu dengan tendangan batin. Seorang pelancong dari Perancis, Encik Alfonso yang berada di tempat kejadian berkata,"Saya telah merantau seluruh dunia tetapi saya belum pernah melihat kejadian seperti ini seumur hidup saya. Tendangan lelaki itu sungguh menakjubkan. Mujur tiada seekor semut pun yang cedera. Selepas dia menendang tugu itu, dia senyum pada saya lalu dia terus lesap seperti Sirius Black di dalam Harry Potter."

Seorang pejalan kaki berdekatan pula sempat memetik gambar. Berikut adalah gambar amatur yang dipetik di tempat kejadian:

Seorang pakar psikologi Pusat Kajian Otak Singapura, Profesor Aly Armani berkata," Beliau mungkin ingin menunjukkan satu simbol menendang syaitan." Tiada sebarang laporan polis yang dibuat kerana menendang syaitan bukanlah satu kesalahan.