Tuesday, February 28, 2012



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم



Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
[Surah Al-Hadid 57:20]










Daku Sampaikan Kepadamu Nubuat(The Prophecy):
Umatnya Yang Sibuk Merebutkan Dunia




oleh









Diriwayatkan oleh Imam Al Hakim dalam kitab Mustadrak, yang bersumber dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu yang mengatakan:Bahawa aku mendengarkan Rasulullah SAW bersabda:

"Kelak umatku akan dilanda penyakit umat-umat terdahulu. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah penyakit umat-umat terdahulu? Beliau menjawab: Kufur terhadap nikmat, penyalahgunaan kurnia Allah, bermegah-megahan dengan harta benda, berlumba-lumba untuk menumpuk dunia(kekayaan), saling membenci dan saling mendengki hingga ke batas tindakan zalim menzalimi."
[Hadis Riwayat Al Hakim]

Benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dan fakta telah menunjukkan demikian. Yakni,bahawa semua hal di atas telah terjadi di kalangan umatnya. Tidak diragukan lagi, bahawa mereka (umat Muhammad) telah dijangkiti penyakit umat-umat terdahulu. sehingga terbentuklah pada diri mereka sikap kesewenang-wenangan, kerosakan, menyukai harta benda yang banyak, saling bermusuhan, saling dendam, saling mendengki, dan melampaui batas. Dan fenomena ini dapat dengan mudah kita saksikan sedang berlangsung di tengah-tengah kehidupan masyarakat kita sekarang ini.

Imam Al Manawi Rahimahullah Ta'ala berkata:"Bahawa di dalam hadis tersebut adalah  peringatan keras terhadap tingkah laku bersaing dalam merebutkan dunia. Kerana hal tersebut merupakan awal dari bencana dan pangkal dari segala bentuk fitnah. Sebab dari sinilah akan lahir segala bentuk kejahatan. Kemudian dalam hadis tersebut juga terdapat tanda-tanda kenabian kerana ia memberitahukan tentang sesuatu yang ghaib dan ternyata terbukti kebenarannya."



Katakanlah: Aku berlindung kepada Pemelihara sekalian manusia.
Yang Menguasai sekalian manusia,
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
[Surah An Nas 114:1-6]







No comments:

Post a Comment