Monday, February 27, 2012




أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
[Surah Al Maidah 5:51]








Daku Sampaikan Kepadamu Nubuat(The Prophecy):
Golongan Yang Meniru Yahudi Dan Nasrani






oleh










Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya, yang bersumber dari Abi Sa'id Radhiallahu 'Anhu; bahawa Rasulullah SAW bersabda;

"Sungguh kamu akan meniru tingkah laku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Hingga seandainya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, nescaya kamu juga tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu umat Yahudi dan Nasrani? Beliau menjawab: Siapa lagi?"

[Hadis Riwayat Bukhari]


Kenyataan membuktikan bahawa umat Rasulullah SAW benar-benar telah mengikut tingkah laku umat terdahulu, menapaki jejak mereka dan meniru adat kebiasaan serta gaya hidup mereka dalam pergaulan. Menyambut hari Valetine, hari Natal, parti tahun baru, menjadikan penyanyi dan pelakon sebagai idola, mengejar kemewahan dunia, mengumpul harta sebanyak-banyaknya, pakaian berjenama mahal-mahal, fesyen yang mendedahkan aurat baik lelaki maupun wanita dan banyak lagi.



Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
[Surah Al Baqarah 2:286]







No comments:

Post a Comment